Sabtu, 29 September 2012

Al-Fatihah - Allahyarham Tan Sri Ghani Minhat

Mesti ramai korang tak kenal sangat dengan Tan Sri Ghani Minhat (TSGM) kan? kalau sapa yang tak tau tu, TSGM ni ialah seorang legend dalam dunia bolasepak Malaysia kita ni. Kiranya kalau Brazil ada Pele, Argentina ada Maradona, macam tu la yang kita rasa dengan TSGM ni. Raja Bola Malaya. terus terang aku sendiri pun memang tak pernah tengok dia main sebab time dia mmg tengah power dulu, aku pun takde lagi. tapi menurut daripada apa yang aku baca & tengok, Allahyarham ni memanglah pemain bola Malaysia yang tersohor (Mokhtar Dahari pun sama jugak, cuma berbeza era je)

Dan semalam (28/7/2012), Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di IJN, Kuala Lumpur lepas bypass-operation jantung beliau. dengarnya keadaan beliau sebelum tu mmg agak nazak sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 10.34 pagi.

sedikit source kalau nak tau serba sedikit pasal Allahyarham TSGM klik sini

Al-Fatihah kepada allahyarham TSGM yang telah banyak memberi sumbangan kepada arena bolasepak negara.

Jumaat, 28 September 2012

Fantasy Football Gameweek #6

Masuk tahun ni, dah 3 tahun straight aku main fantasy football ni. sebelum tu ada jugak la main game ni tapi on off la. dah sah-sah la kena tinggal punya kalau tak selalu update kan.

so hari jumaat mcm ni, biasalah..bila dah siap je keje semua, aku pun update la team aku. gameweek #5 minggu lepas mmg teruk la point team aku ni. siap dapat below average lagi. mmg hancus dan kena tinggal kaw-kaw dengan member-member yang lain. minggu ni aku setting team aku mcm ni. ok ke tak?

ok tak? minggu ni main striker 2 orang je sebab aku tersilap shopping midfielder! hehe..aku punya reserve striker Richie Lambert (Southampton) sebabnya aku rasa game lawan everton ni mcm susah je dia nak score.

ke korang rasa podolski yang takkan score? ni yang pening main fantasy football ni..!

Khamis, 27 September 2012

Masterchef Malaysia S2



Bab masak-memasak ni mmg aku mengaku la yang aku ni tak la pandai mana. tapi tah kenapa aku suka pulak follow Masterchef ni. kalau season lepas, Dr. Ezani menang Masterchef ni (mmg aku suka pun dia menang!), tahun ni tah sapa la menang pulak ye?

 Masterchef Malaysia S2 ni dah mula seminggu yang lepas. peserta pertama yang keluar si Addy yang aku rasa silap dia lebih pada penyediaan menu masa elimination round tu. bagi aku dia masak ok dan nampak kreatif la jugak untuk seorang pemain futsal.
Addy : yg pertama terkeluar

Episod yang sama jugak, sorang lagi, Akem pun terkeluar. personally aku suka gak dia ni keluar sebab mcm poyo je. hehehe...

Akem : no 2 terkeluar
semalam, doktor Shahida pun dah terkeluar. bagi aku silap dia ialah tak ikut tema. roti bakar!
Shahida pun dah keluar
Untuk yang masih ada kat Masterchef, selamat berjaya la korang...especially etiqa & ilaika..hehehe